Siapa Kami?
Semenjak tiga generasi yang lalu, aktiviti menangkap ikan dan sumber laut yang lain telah menjadi kerjaya keluarga kami. Kami mempunyai kapal sendiri di Sungai Besar (Selangor), Kuantan (Pahang) dan Tawau (Sabah). Kami juga membekalkan makanan laut yang segar ke pasar, pasar raya dan juga pemborong di Malaysia dan Singapora.
Trend
Kita adalah apa yang kita makan. Diet kita bukan sahaja akan mempengaruhi prestasi fizikal kita, malahan kesihatan mental kita. Semakin ramai yang menyedari akan kepentingan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik. Ini telah mewujudkan pasaran yang baharu. Pada zaman moden ini, konsumer lebih mementingkan kualiti dan keselamatan makanan mereka.
Mengapa Anda Memerlukan Makanan Laut
Makanan laut mempunyai kandungan Omega 3 yang sangat penting untuk pertumbuhan dan perkembangan otak. Omega 3 sangat disarankan untuk kanak-kanak agar mudah fokus dalam pembelajaran serta meningkatkan daya ingatan. Bagi orang dewasa, pengambilan Omega 3 yang cukup mempunyai 17 manfaat yang telah terbukti oleh Sains. Ini termasuklah mengatasi gangguan jiwa dan menurunkan risiko penyakit jantung.
Misi Kami
1. Menggalakkan gaya hidup yang sihat dan pemakanan yang seimbang
2. Memenuhi keperluan konsumer yang mementingkan kualiti dan keselamatan makanan dengan membekalkan makanan laut yang 100% semulajadi.
Falsafah Kami
Keutamaan kami adalah membekalkan makanan laut yang paling segar dan sihat bagi pelanggan kami. Kami hanya menjual produk yang kami akan makan. Kami tidak akan mengorbankan kualiti makanan kami demi keuntungan kerana kami menyedari kejayaan kami bergantung kepada integriti berserta keyakinan pelanggan terhadap kami.
Makanan Laut Kami
Persekitaran dan cara pengendalian makanan adalah faktor-faktor yang amat penting untuk memastikan kualiti dan keselamatan makanan. Kami ialah pakar makanan laut. Kami membekalkan makanan laut yang segar dan sejuk beku. Semua makanan laut yang dibekalkan adalah makanan laut yang telah siap disiang dan dibersihkan daripada kotoran, perut serta insangnya sekali.“Pelanggan boleh membelikan mengikut bahagian-bahagian makanan laut yang digemari, seperti kepala ikan dan filet.Semua makanan laut yang dijual akan diproses dengan pembungkusan vakum dan cara Flash Freezing (Bagi makanan laut yang sejuk beku).
100% semulajadi–
• Tidak mengandungi sebarang pengawet
• Tidak mengandungi sebarang bahan aditif
• Tidak mengandungi sebarang bahan kimia
• Tidak mengandungi sebarang karsinogen
• Tidak mengandungi sebarang antibiotic
Servis Kami
Anda tidak perlu lagi bersusah payah pergi ke pasar untuk mencari makanan laut yang segar dan sihat demi kesihatan keluarga anda. Hal ini bukan sahaja dapat menjimatkan masa, malahan memudahkan kerja anda.
Selepas pesanan anda diterima, kami akan memilih dan memeriksa pesanan anda dengan teliti untuk memastikan kualiti pesanan anda adalah terbaik. Setiap makanan laut akan dibungkus berasingan and disimpankan dalam beg tahan sejuk ataupun dalam kotak Styrofoam disampingkan dengan pek ais untuk mengekalkan kesegaran makanan laut. Semua pesanan akan sampai ke tangan anda dengan selamat dalam masa 48 jam.
Mitos
Secara umumnya, majoriti mempercayai bahawa pasar merupakan tempat yang terbaik untuk mendapatkan ikan yang tersegar. Namun, ini merupakan satu mitos yang perlu dibetulkan. Bakteria berkembang biak dengan mudah di pasar disebabkan oleh persekitaran di pasar yang tidak dapat membekalkan suhu yang cukup rendah. Ini akan menjejaskan kualiti makanan laut. Pembungkusan vakum dan cara Flash Freezing dapat memastikan kualiti makanan laut terjamin.
Selain itu, banyak orang menganggap bahawa kualiti makanan laut akan terjejas dalam proses pembekuan. Namun, hal ini hanya berlaku dalam proses pembekuan peti sejuk di rumah. Ais kristal yang besar akan terbentuk disebabkan oleh proses pembekuan yang agak lambat. Ini akan menyebabkan kualiti makanan terjejas. Flash Freezing membekukan makanan laut kami secara instan untuk mencegah pembentukan ais kristal yang besar dan mengekalkan nutrisi dan kualiti makanan laut kami.
Komitmen Kami
Kami berkomitmen untuk senantiasa membekalkan makanan laut yang berkualiti dan selamat. Anda boleh membeli makanan laut yang paling segar dan terbaik dengan tawaran yang berpatutan. Kami menjamin bahawa kesegaran makanan laut kami adalah memuaskan. Jika anda tidak berpuas hati dengan mana-mana produk kami, anda berhak untuk memulangkan pembelian dan mendapatkan kembali pembayaran atau pertukaran penuh.
Hubungi kami
Sila emel kami di bigeyemart@gmail.comataupun hubungi di WhatsApp 016 826 3898 dalam tempoh 48 jam selepas anda menerima produk kami. Kami amat gembira untuk membantu anda.
Emel: bigeyemart@gmail.com
Telefon: 016 826 3898
Address: No 13, Jalan 5, Bagan Sungai Besar 45300 Sungai Besar Selangor